Okey, sudah sekian lama aku tak post dekat blog ni. Well, tak ada lah busy sangat cuma mood nak post tu agak tak ada. Tapi harini laju pulak jari ni click blog ni and terasa nak share sesuatu. Pagi tadi, sekolah aku (smktd) ada perhimpunan (seperti kebiasaan setiap sekolah menengah akan ada perhimpunan setiap Isnin pagi) So sekarang ni aku nak share sikit pasal "Bagaimana untuk memulakan kecemerlangan?" by Puan Maimunah.
Bagaimana untuk memulakan kecemerlangan?
Terdapat 3 teori untuk memulakan kecemerlangan. Teori ini ialah daripada Dr.Asmadi yang dinamakan, Teori 3S :-
- Sasaran
- Strategi
- Sikap
- Sasaran : Tetapkan matlamat seperti "aku ingin menjadi seorang Peguam", "Aku ingin mendapat 10A+ untuk SPM" , "Aku ingin menjadi anak yang solehah" dan sebagainya...
- Strategi : Rancang jadual serta Rancang kumpulan belajar (Study Group) supaya semua nya berjalan dengan sistematik.
- Sikap : Patuh pada jadual, Komited, Disiplin, Fokus.
" Faiza azamta fatwakal alallah""setelah kamu membulatkan tekad maka bertawakkallah kepada Allah" ♥
Ada juga kata pepatah yang Puan Maimunah turut sertakan, seperti...
"Kebolehan Kita berbeza-beza. Tiada sesiapa pun di dunia ini dilahirkan sebagai seorang yang bodoh."Ada juga beliau petik daripada pepatah cina seperti...
Saya rasa ini sahaja yang ingin saya kongsikan. Aku rasa tajuk ini adalah menarik, walaupun isi nya sedikit. Tetapi ianya MAMPU menjadi pemangkin untuk diriku untuk lebih maju kehadapan dan teruskan usaha. InsyaAllah <3
"Menyimpang seinci, misi kita 1000 batu akan rugi"
No comments:
Post a Comment