Saturday, August 18, 2012

Last Ramadhan.

"Mampukah kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang? Cukupkah amalan kita pada Ramadhan tahun ini? Dapatkah kita keampunan daripada Allah swt?" 

Assalamualaikum, persoalan di atas ini bermain di minda ku sejak akhirakhir ini. Hanya beberapa jam sahaja lagi kita akan ke lembaran baru, bulan baru, dan suasana baru. Ramadhan akan menitipkan tugasannya kepada bulan Syawal. Pada bulan Syawal ini lah kita akan diuji, sama ada kita akan terus beristiqamah dengan amalan yang telah kita lakukan pada bulan Ramadhan. Istiqamah kah kita? Berterusan kah kita? Wallahualam. Nanti kan sahaja.. tetapi aku berdoa agar diri aku akan sentiasa beristiqamah dengan amalan amalan yang telah dilakukan dalam bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang penuh berkat. Sayangnya, ia akan meninggalkan kita dalam beberapa Jam sahaja lagi. Masih sempat untuk kita penuhi dengan amalan. "Pecutan terakhir" sebelum datangnya bulan Syawal. Sedihnya Ramadhan ingin meninggalkan kita.. insyaAllah kita akan berjumpa lagi..

ucapan raya :
Assalamualaikum, saya dengan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf sekiranya terdapat sebarang kesalahan, terguris hati, mahupun terkasar bahasa kepada anda semua. Sesungguhnya saya hambaNya yang lemah, yang tidak sempurna dan banyak buat silap. Yang baik datang daripada Allah swt, yang tidak baik datang daripada diri saya sendiri. Tetapi hakikatnya datang daripada Allah. Yang baik, jadikanlah ia teladan. Yang buruk, tegurlah dan jadikanlah ia sempadan.

 http://www.youtube.com/watch?v=CEvG1S2KX4U&feature=related <--- video raya yang menyayat hati :(

Thursday, August 16, 2012

Kem Ibadat 10-12 Ogos 2012

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kerana Allah telah memilih diriku ini untuk menyertai kem ibadat pada tahun ini. Walaupun tahun ni SPM, aku cuba jugak untuk meluangkan masa untuk kem ni. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,







Konklusinya, bnyk perkara yang aku belajar dari kem ni. Bagaimana untuk menutup aurat dengan baik, dan sebagainya. Alhamdulillah sampai ke hari ini, aku tak ada keluarkan kata-kata kesat. Alhamdulillah ya rabb. insyaAllah, aku akan berubah terus ke jalan kebaikkan untuk mendapat keredhaanNya. terima kasih kepada semua Fesi serta Ustaz2 dan Ustazah2 yang bnyk membantu kami dalam membuat satu perubahan diri. Semoga semua ini berguna untuk diri aku dan semua yang terlibat. Terima kasih bnyk bnyk

"Satu, satu mimpi. Dalam hidupku ini. Satu, Satu janji. Kan ku gapai pasti"