Saturday, June 30, 2012

Perhimpunan. 25/6/12

Perkongsian Ilmu yang dipetik daripada perhimpunan hari Isnin minggu ini oleh Puan Maimunah. Perkongsian untuk semua.. :)

PEMIKIRAN NEGATIF.
-Perkataan seperti : Mengapa saya susah belajar? Mengapa susah sangat subject ini? Mengapa saya susah dan malas belajar? Mengapa saya susah memahami? susah..susah dan susah..

PEMIKIRAN POSITIF.
-Sikap yang boleh dicontohi supaya menjadi seorang yang positif : Auther Usher. Seoarang pemain tenis. Beliau ialah seorang lagenda yang berkulit hitam pertama menjadi juara tenis dunia.
-Namun, pada 1979 beliau terkena serangan jantung.
-Tiga tahun kemudian, beliau dijangkiti HIV/AIDS akibat permindahan darah semasa pembedahan jantung.
-Beliau tidak putus asa, malah beliau cuba untuk membantu orang yang menghidapi HIV/AIDS.
-Ada seseorang bertanya kepada beliau
" Tidakkah kamu marah kerana kamu menghidapi HIV/AIDS disebabkan orang lain, dan bukan kerana kamu puncanya? "
-Beliau menjawab  :
"Semasa kita berjaya, pernahkah kita bertanya kepada diri kita, "mengapa aku?". Dan semasa kita sakit, perlukah kita bersedih dan bertanya juga kepada diri kita, "mengapa aku?". Apabila saya menang dalam tenis dunia, saya tidak pernah bertanya "Mengapa aku?". Jadi, apabila takdir saya begini, mengapa saya mesti bertanya "Mengapa aku?" sedangkan saya tidak pernah bertanya "MENGAPA AKU?" semasa saya menjadi juara tenis dunia."



Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengubah sikap kita dan berfikiran positif. Nasihat daripada Puan Maimunah juga, Orang Islam tidak patut terlalu bergembira apabila mendapat Nikmat Allah dan tidak patut terlalu sedih apabila kita kalah. Semua ketentuan ada padaNya. Kita sebagai umatNya haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang diberi olehNya kepada kita semua :)

No comments: