Saturday, January 07, 2012

Bersabar dalam dugaan

situasi di sebuah hospital , seorang budak kecil melihat seorang gadis remaja menangis di dalam bilik , lalu dye pergi menegur remaja itu ,

ADIK : akak , kenapa akak menangis je ?
AKAK : tak ade pape la adik .
ADIK : cerita la , mane tahu adik boleh tolong ( sambil gelak gelak )
AKAK : akak cakap tak de pape , tak de pape la ! ape yang adik tahu ! adik tu kecik lagi ! dari hari pertama akak masuk , ape yang adik tahu , gelak je memanjang ! tak tahu ke orang lain tengah pikir sakit dyorang and bla bla bla ....
ADIK : akak , orang lain mungkin nampak adik gelak je memanjang , tapi tak ade siapa tahu yang adik tengah menderita sakit barah paru paru , kenapa adik tak nangis macam orang lain ? sebab mak adik cakap , ALLAH tak akan uji umatNya lebih dari kemampuan umatNya , jadi adik terima semua nye :) , akak jangan nangis lagi ye :) ( berlalu pergi )
AKAK : ? ? ? ?

*so , tak semestinya kite tengok orang tu sentiasa ceria , bermaksud orang tu , happy , tak ade masalah , tapi sebaliknya , mesti ade masalah yang lagi besar sedang dye tanggung :) , by Mira Lurdes ♥
Sumber: Facebook.

Assalamualaikum, daripada cerita yang dekat atas ni. Baru aku terbukak minda. Ya, Allah tidak akan menguji kita jika Allah tahu kita tidak mampu untuk menanganinya. Allah menguji kita hanya pada tahap kemampuan kita. Percayalah bahawasanya Allah itu adil. Dalam menghadapi ujian, kita WAJIB bersabar. Anda semua akan mendapat rasa kemanisan bersabar itu sendiri. "ah macam mana kau thu dpt rasa kemanisan tu?! tipu je". Maaf ya, bukan nak cakap besar. tapi jujur saya cakap, saya pernah merasai kemanisan bersabar itu. memang tidak tergambar perasaan 'manis'nya itu. Serious! korang kena bersabar, baru korang tahu. Kalau kita rasa, kehidupan kita ini tidak adil dan Allah itu tidak adil. Maka, sebenarnya.. Kita yang tidak adil pada Allah. Allah dah bagi kita nikmat, tetapi kita tak ingat dan lupa dan tidak bersyukur kepada-Nya. Adil kah itu? So, kawan semua. Adil lah pada Allah :) Dia menguji bukan kerana dia tidak suka. Dia hanya ingin mendengar suara hambaNya, Dia selalu rindu akan hambaNya. Tetapi hambaNya mengapa tidak rindu kepadaNya? Sama-sama lah kita menambahkan amal soleh dan ingat Dia yang satu itu selalu <3 InsyaAllah, jika kita selalu igt kepadaNya maka, dia juga akan senantiasa beri nikmat kepada kita! :) InsyaAllah.

Sini juga saya ingin kongsikan sedikit tentang sabar, daripada soluso edisi 31 yang bertajuk "Sabar itu indah" :-

Marah itu mudah, sabar itu indah


petikan dari editor Solusi :

Apakah senjata Rasulullah bagi menghadapi semua ujian itu? Apalagi kalau bukan sabar. Sabar itu cukup indah. Tetapi di manakah keindahan itu? Bukankah untuk bersabar begitu sukar? Ya, bukannya mudah untuk tersenyum ketika ditimpa musibah, dan bukan mudah pula untuk ceria ketika menapak di jalan Allah. Ketika kebenaran yang pahit ingin kita tegakkan dan ketika kemaksiatan yang manis ingin kita tinggalkan, apakah kita mampu tersenyum? Mengapa sukar, pahit dan pedih itu dikatakan indah?

Untuk mendapatkan jawapannya, lihatlah kehidupan Rasulullah s.a.w. Wajahnya sentiasa gemilang dengan senyuman. Langkahnya sentiasa yakin dan tenang. Air mukanya sangat menyenangkan sehingga tidak kelihatan walau sedikit pun tanda-tanda pembohongan.

"Sabrun Jamil".

Itulah yang diucapkan oleh Nabi Ya'kub a.s ketika berhadapan dengan ujian kehilangan anak-anaknya (Nabi yusuf dengan Bunyamin). Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dia (Ya'kub) berkata : 'sebenarnya hanya dirimu sendiri yang memandang baik urusan yang buruk itu. Maka kesabaranku adalah kesabaran yang baik. Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semuanya kepadaku. Sungguh, Dia Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana." (Surah Yusuf 12:38)




Hati yang tenang, lapang dan tenteram adalah apabila hati hamba itu hanya mengadu kepada Pencipta-Nya tatkala berhadapan dengan ujian dunia. Mungkin hati kita yang sebegitu belum kita miliki, namun itulah hati yang menjadi idaman dan perjuangan untuk mendapatkannya. Ya, semoga kita terus bersabar dalam mendidiik diri untuk memiliki kesabaran yang indah itu kerana kita yakin keindahan bukan hanya di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan. Jalan menuju sabar yang indah itupun sudah indah! Alhamdulillah. Percayalah kawankawan, sabar itu indah :)

No comments: