Kadang-kadang kita buat salah, tapi kita tak sedar. Apa yang kita kena buat adalah terima, minta maaf dan memaafkan. Sedangkan Allah swt Maha Pengampun kepada hambaNya yang dah berdosa yang sebesar-besarnya. Takkan kita tak boleh nak memaafkan sesama manusia kan? Jadilah orang yang matang dalam menyelesaikan masalah :)
sepatutnya, apa-apa masalah yang berlaku. Semua ada hikmahnya. Kita hanya perlu ambil benda tu sebagai satu yang positif tanpa mengeluh. Allah tak akan bagi masalah dekat kita jika kita tak mampu kan? Masalah tu sebenarnya salah satu pengalaman yang akan mematangkan diri kita. Kan? So, fikirlah dengan teliti, bersikaplah matang dan tenangkan diri. Elakkan api kemarahan Syaitan yang direjam itu cuba menguasai anda!
Jangan tuduh melulu,
Ya. Statement tu rasa bernas kan? Masalah takkan selesai kalau kita asyik point out jari dekat orang tapi kita tak pandai nak cermin dan tengok diri kita. Mana silap kita? Mana salah kita pada orang. Ya, aku pun kadang-kadang macam tu, tak cermin. Tapi ada satu perkara yang telah terjadi dan benda tu dah matangkan diri aku. So, kalau umur tu rasa-rasa dah cukup baligh, rasanya tak perlu lah kita menuduh-nuduh orang hanya untuk melepaskan dan menutupi kesalahan yang kita dah buat. Kita kena cuba face it dan cari "mana silap aku?" dan jika benda tu HANYA salah faham, rasanya lebih elok kita cuba bawak berbincang dengan orang tu. Bukannya maki hamun kan? Kan elok kalau berbudi bahasa dan elakkan pergaduhan? kan? :)
Post ni bukan untuk sesiapa pun. Tapi untuk diri aku sendiri. Post ni untuk memotivasikan diri aku yang dulunya sangat pemarah dan Alhamdulillah, aku rasa aku semakin boleh mengawal kemarahan aku. Apa-apa pun, kita jangan lah hukum seseorang itu kerana kita tidak layak berbuat begitu. Walaupun orang tu teruk macam mana sekali pun, kita jangan lah menghukum dia. Jadi lah orang yang bertanggungjawab, matang dan beretika. Jumpa, slow talk, dan bincang. It's not that hard right?
Apa-apa pun, maafkan dan minta maaf lah. Itu jalan yang paling mudah. Tak ada guna berbalas dendam. Kan senang kalau hilangkan perasaan dendam itu dan teruskan kehidupan dengan lebih harmoni? :)
No comments:
Post a Comment