Saturday, December 31, 2011

Tahun baru, buku baru.

Assalamualaikum,
Tahun baru ni, aku nak mulakan dengan hari yang baru :) tapi mengikut kelandar islam, tahun baru kita dah lepas. Tapi tidak mengapa jika kita ingin memperbaharui hari kita dengan perkara yang baik :) Setiap hari pun tak apa. So, berkesempatan ini. Saya ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terasa dengan sikap saya atau apa-apa yang menaikkan kemarahan anda atau sebagainya. Sesungguhnya saya hanyalah Manusia Biasa yang tidak sempurna dan sering leka. Oleh itu, mari lah kita bersama-sama berdoa kepada Allah agar kita dijauhkan dengan perkara yang tidak baik dan didekatkan dengan perkara yang baik. insyaAllah.

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!


Jadi, jangan takut untuk berdoa :) Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang <3

No comments: